Thursday, October 24, 2013
Sunday, October 20, 2013
Asteroid diramal langgar bumi 19 tahun lagi
Kesan letupan 125,000 kali lebih dahsyat daripada bom atom Nagasaki
MIAMI: Pakar astronomi berkata, sebuah asteroid dengan ukuran 410 meter panjang, dikenali 2013 Tv135, akan melintasi atau mungkin menghentam Bumi pada 26 Ogos 2032.
Asteroid itu dikesan bergerak melalui buruj zirafah oleh saintis di Pusat Pemantau Astrofizik Crimea di selatan Ukraine minggu lalu.
“Saya sedang memantau buruj zirafah. Pemerhatian kali pertama menunjukkan ia bergerak dengan cepat dan agak hampir dengan Bumi,” kata pakar kaji bintang Gennady Borisov yang menambah 2013 Tv135 berada pada kedudukan 6.8 juta kilometer dari Bumi, Rabu lalu.
Pakar kaji bintang di Itali, Sepanyol, Britain dan Russia juga sudah mengesahkan kehadiran asteroid terbabit dan ia dimasukkan ke dalam senarai asteroid berbahaya Pusat Planet Kecil Kesatuan Astronomi Antarabangsa.
Jika ia menghentam Bumi, asteroid terbabit akan menyebabkan letupan yang sama kuat dengan 2,500 megatonm 50 kali lebih besar daripada bom nuklear paling kuat pernah digunakan atau 125,000 kali lebih besar daripada bom atom yang pernah digugur di Nagasaki pada Perang Dunia Kedua.
Sementara itu, Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) berkata kemungkinan untuk 2013 Tv135 terhempas ke Bumi adalah amat kecil,
Pengurus Projek Objek Menghampiri Bumi (NEOP) yang ditadbir NASA, Don Yeomans berkata 2013 TV135 pakar astronomi Cremia di Ukraine 8 Oktober lalu dan hanya mempunyai masa kira-kira seminggu untuk membuat kajian.
“Mereka menganggarkan kemungkinan ia ‘menghentam Bumi’ adalah satu nisbah 63,000, bermakna kemungkinan untuk 2013 Tv135 tidak jatuh di Bumi ialah 99.998 peratus. Namun kemungkinan 0.02 peratus itu masih membimbangkan,” katanya.
Beliau berkata saiz asteroid itu adalah amat besar dan untuk mengukur objek di langit gelap memang sukar. Namun NEOP menganggarkan lebar 2013 Tv135 adalah antara 200 hingga 800 meter.
“Untuk sebuah asteroid, saiz ini adalah amat besar,” katanya.
Ia juga mencorong Timbalan Perdana Menteri Russia Dmitry Rogozin untuk mengumumkan di laman Twitter bahawa asteroid terbabit akan ‘memberi cabaran besar kepada industri angkasa lepas kebangsaan.
NEOP yang juga dikenali sebagai ‘pengawal angkasa lepas’ bertanggungjawab mengesan asteroid dan komet yang melintas hampir dengan Bumi untuk mengenal pasti sama ada ia boleh menyebabkan ancaman. Asteroid 2013 Tv135 adalah objek ke 10,332 yang dikesan menghampiri Bumi setakat ini. - REUTERS/AGENSI
Tuesday, October 15, 2013
Friday, October 11, 2013
Google Malaysia kena Hack ?
MaDLeeTs is a Cyber Security forum which is runned by Cyber Security experts. Users on this forum shares there knowledge on how to protect them self's from Cyber Attacks and gain knowledge from others.
Wednesday, October 9, 2013
Bumbung tokong terbentuk nama ALLAH?
PASIR PANJANG - Gara-gara penyebaran gambar di dalam laman Facebook, sebuah tokong di pekan Pasir Panjang, dekat sini dikerumuni lebih 200 penduduk sekitar, malam kelmarin.
Semuanya kerana sebuah laman Facebook memaparkan gambar bumbung tokong berkenaan yang dikatakan terbentuk kalimah ALLAH, menyebabkan penduduk datang ke luar kawasan tokong berkenaan bagi menyaksikan sendiri dakwaan tersebut.
Seawal jam 8 malam lagi, mereka berpusu-pusu datang ke tokong berkenaan untuk melihat, sekali gus merakamkan gambar bumbung tersebut.
Tidak kurang juga, ada individu yang melalui jalan Pasir Panjang-Port Dickson ini turut memberhentikan kenderaan mereka untuk mengetahui cerita sebenar.
Berikutan itu juga, sepasukan polis terpaksa ditugaskan mengawal keadaan berikutan jumlah orang ramai bersilih ganti serta berkumpul di kawasan berkenaan.
Menurut Sin San Huo, 63, yang menjalankan perniagaan kedai runcit bersebelahan rumah ibadah itu berkata, dia hairan melihat orang ramai datang dan berkumpul di depan bangunan itu.
"Saya telah lama menetap dan berniaga di sini, namun tidak pernah perasan tentang perkara itu. Malah, sebelum ini tiada siapa yang bercerita tentangnya. Entah bagaimana hari ini (kelmarin) tiba-tiba boleh wujud cerita semacam itu.
“Tokong ini berusia lebih 100 tahun dan jika tidak silap, bumbung didakwa membentuk tulisan jawi itu baru sahaja diubah suai kurang 10 tahun lalu,” katanya.
Dalam pada itu, penduduk, Mohd Khairul Ali, 36, berkata, orang ramai datang untuk melihat sendiri selepas perkara itu tersebar di laman sosial.
“Pada pandangan saya, perkara ini berlaku bukan disengajakan mana-mana pihak dengan niat tertentu tetapi ia adalah satu kebetulan dan pastinya berlaku dengan izin ALLAH SWT.
“Namun adalah wajar sekiranya pihak berkuasa terutamanya jabatan agama segera membuat penjelasan mengenai dakwaan ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku kerana ia melibatkan sensitiviti agama.
“Apabila terlalu ramai orang berkumpul dan tiada pihak memantau, kita khuatir akan berlaku pergaduhan dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati, orang ramai hanya dapat melihat bentuk kalimah ALLAH itu pada waktu malam apabila mereka berada di kedudukan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 meter daripada rumah ibadah tersebut.
Pada waktu siang, apa yang kelihatan pada bumbung itu hanyalah lekuk-lekuk seni bina bumbung rumah ibadah itu tanpa lakaran kalimah ALLAH. Malah, jika lampu jalan berhampiran tokong itu dipadamkan, lakaran kalimah itu juga tidak kelihatan.
Sunday, October 6, 2013
Ego & Lelaki
dari Muda sampai ke tua, ego pada lelaki tetap ada, biarpon marah namun tetap sayang..
best jugak sesekali ego kan??
Lelaki adalah ego, ego adalah lelaki.
Tuesday, October 1, 2013
Tempat simpanan emas terbesar di dunia
Federal Reserve Bank of New York yang terletak di di 33 Liberty Steet, Manhattan, New York, Amerika Syarikat dan dibuka pada 16 November 1914 ini mempunyai sesuatu yang lebih menarik dari sekadar bank, kenapa? kerana disinilah terletaknya koleksi emas paling banyak didunia dan tidak pernah anda lihat seumur umur.
Vault ini, dianggarkan menyimpan lebih kurang 10% dari reserve emas di dunia atau sekitar 5000 metric tons emas deposit dan nilainya kira-kira USD 270 billion atau lebih kurang RM828 billion ! perghhhhh…. Kalau dijual emas-emas ini semua, confirm kita lebih kaya dari Bill Gates..!
Kebanyakan emas yang disimpan di Bank ini bukan hanya simpanan Amerika Syarikat tetapi sebahagiannya juga merupakan simpanan dari 36 negara lain, termasuk The Federal Bank of New York.
Bukan sembarangan orang dapat memasukinya apalagi merakamkan gambar yang ada di dalam vault tersebut. Jadi kita kira beruntung dapat melihat vault penyimpanan emas terbesar di dunia tersebut. Walaupun hanya melalui gambar, lihat gambar-gambar dibawah dan bayangkan jika ada simpanan emas sebanyak ini, perghhh….ferrari 50 biji laaaa, ye dak??
Subscribe to:
Posts (Atom)