Thursday, April 30, 2020

Gangguan makluk halus dibulan puasa.-kisah benar yang terjadi kt aku






1Mei 2020  jam 3:30 pg

hari ni berlaku something yang agak aneh..
masa nk tdur duk baring terasa lidah bergerak2 dengan sendiri. tp bila dibiar dia makin bergerak dgn laju. kemudian aku cuba lawan. tp dia semakin kuat. aku rasa seram satu badan.. terasa seolah2 lidah nk keluar terjelir2 dari mulut. aduhh. menda apa pulak ni.

ambik air sembahyang, bt solat hajat.. masa masuk rakaat kedua dgn surah. aku rasa mcm nk meronta.. rasa kelu bacaan, cuba lawan , kuatkan semangat, tp rasa diri tu mcm nk lari keluar.. ahhh sudah . ada benda dlm badan aku ni.
selesai solat pon sama.. dia masih kuat. kedengran bunyi cicak beberapa kali. dan setiap bunyi seolah2 memanggil2 benda ni mai kat aku. semakin hari semakin kuat.
aku dpt rasa satu tenaga yg cukup kuat lawan dgn diri aku.. ada satu tenaga cuba control badan aku.
walaupon pasang mengaji dan baca 3 Qul tak jalan. baca ayat Qursi pon xjalan. dia makin melawan.. bulu roma aku meremang makin kuat..
last2 aku guna kaedah terakhir tenaga dalam.. point dia ambik tenang walaupon dada aku berombak2 laju. nafas laju. seolah2 bila aku ikut nafas dan rentak dia aku akan dikawal..
melalui pernafasan yg aku tahan dan pelan2 dilepaskan. aku keluarkan satu tenaga yang bermula dari gerakan2 pancaran2 datang dari hujung2 jari.
gerakan2 ini mula bergerak dgn sendirinya.. mengikuti arah2 dan gerakan seolah2 memulihkan badan sendiri.

aku ikuti gerak tenaga ini.. ada satu kekuatan dlm tenaga ini yang boleh menolong aku.
kerana waktu ini tdk ada sesiapa kecuali aku seorang sahaja didalam rumah.
tahan punya tahan.. gerakan kuat melalui pancaran2 jari ni boleh mengawal keadaan ni yang aku rasa susah nk dikawal dgn bacaan2 . . walaupon membaca yasin td, dia tetap kuat meronta2 dlm badan seolah2 mengawal aku.. jika aku ikut gerakan dia mmg aku binasa.. tidak ada siapa yg dpt menolong diriku sendiri melainkan aku ketika ini.. bayangkan macamana nk baca sedangkan dia sudah kawal lidah aku ? sebutan2 surah pon aku dpt rasa mcm pedih dlm ulu hati. .
gerak nafas aku ikut selama beberapa minit. gerakan ini sepertinya mirip keadaan patung "buddha" yang mencantumkan kedua2 tapak tangan dan diikuti beberapa pergerakan yang aku sendiri tak boleh control..

nasib baik lah ada tenaga dlm yang dpt melahirkan dan melawan kekuatan spiritual negatif kuat tadi.. kalau tak hbis lah..
mungkin ramai yang tak faham apa kah ia..
kekuatan tu seperti ada makhluk halus telah menguasai badan..
yang aku hairannya apakah bulan puasa tdk bermakna apa2 kepada mereka ??
selesai bukak jalan dan memberi salam, aku dpt rasakan masih ada kawalan dr makhluk ni dgn lidah aku masih lg bergerak2 yang tak ketahuan.. tak menentu. tapi tidak sekuat tadi.. tenaga kekuatan yang tadi telah hilang. cuma ada gerakan2 kecil yang bermain2 kt lidah aku. dia nk terjelir keluar..
keluar rumah kejap dm pkul 4.30.duk di luar.. sehingga selepas Subuh, Aku dah tak rasa lidah bergerak dengan sendirinya..

adakah itu Iblis yang dah masuk dlm badan aku ?

benda ni tak pernah jadi. cuma tadi dlm pkul 1.30 aku ada pasang movie melayu. tajuk ala2 seram.. dlm film tu ada memanggil2 benda untuk berdamping. adakah ini penyebab makhluk ini ganggu aku ??

Wednesday, April 29, 2020

MGTV LIVE: "Dia ingat dia BANK boleh buat apa sahaja ?" -PPPPM



cara2 Bank rampas aset-aset kita . !!



 dengarkan. ! '













BANK NEGARA ADALAH PALING MUSIBAT DALAM DUNIA. !! 




Pages