Tuesday, January 8, 2013

Lagi fakta tentang Telekomunikasi


 
1. Telegraf mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1874 oleh penjajah Inggeris di Perak.

2. Hampir 100 tahun setelah telegraf diperkenalkan, SEACOM diperkenalkan yang menghubungkan Semenanjung Malaysia ke Sarawak melalui Laut Cina Selatan.

3. Pada tahun 1985, ATUR telefon tanpa wayar yang pertama diperkenalkan oleh Jabatan Telekom Malaysia (JTM).

4. JTM Kemudian di korporatkan menjadi Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) dan kemudiannya ditukar nama kepada Telekom Malaysia Berhad (TM).

5. Empat tahun kemudian, perkhidmatan telefon selular pertama yang menggunakan perkhidmatan GSM diperkenalkan dan dikendalikan oleh Syarikat Celcom Malaysia Sdn. Bhd.



6. Tahun 1995 juga mencatatkan sejarah apabila malaysia melancarkan satelit pertama negara iaitu Malaysia East Asia Satellite (MEASAT) yang dilancarkan bagi membolehkan negara menawarkan perkhidmatan berasaskan satelit.

7. Telekom Malaysia Berhad memperkenalkan telefon talian tetap tanpa wayar yang dikenali sebagai CDMA.

8. Pada masa yang sama Celcom memperkenalkan perkhidmatan panggilan video yang menggunakan teknologi 3G.

9. Terkini, perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar berasaskan teknologi Wimax diperkenalkan oleh Syarikat Packet One Sdn. Bhd. (P1) pada tahun lalu dengan menggunakan teknologi spektrum 802.16e.

10. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), sejumlah hampir 21 juta rakyat negara ini menjadi pengguna telefon selular sehingga tahun 2007.


11. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), sejumlah RM600 juta bakal dibelanjakan untuk membangunkan perkhidmatan telekomunikasi moden. Syarikat pengendali telekomunikasi pula bakal membelanjakan sehingga RM1.3 billion khusus untuk perbelanjaan modal syarikat masing-masing.

12. Jumlah pengguna rangkaian komunikasi di Bangladesh meningkat daripada 3.8 juta orang pada tahun 2004 kepada 29.5 juta orang pada tahun lalu dengan liputan rangkaian meluas sehingga 97 peratus daripada jumlah penduduk keseluruhannya.

13. Sektor telekomunikasi di Bangladesh menyumbang sebanyak 6.7 peratus daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) iaitu peningkatan lebih 250 peratus berbanding dengan KDNK pada tahun 2004 yang hanya 2.1 peratus.

14. Badan penyelidik yang berpangkalan di Norway iaitu Telenor ASA juga mencatatkan angka-angka pertumbuhan yang menarik dalam perkembangan sektor telekomunikasi di Malaysia.

Industri telekomunikasi di Malaysia pada pertengahan tahun 1990 menyaksikan peningkatan kadar pengguna melebihi 50 peratus setiap tahun sebelum bergerak perlahan ketika krisis kegawatan ekonomi Asia pada tahun 1997/98.

Pada tahun lalu, pengguna telekomunikasi di negara ini mencecah sehingga 21 juta orang iaitu 80 peratus daripada keseluruhan penduduk. Jumlah ini sekali gus meletakkan Malaysia di tangga ketiga pengguna telekomunikasi paling banyak selepas Singapura dan Korea Selatan.

15. Pada tahun lalu, sektor komunikasi menyumbangkan sejumlah RM21.3 billion kepada ekonomi negara iaitu kira-kira 3.7 peratus daripada keseluruhan KDNK berbanding dengan pencapaian hanya 15.3 billion (3.1 peratus KDNK) pada tahun 2005.




16. Jumlah pelanggan 3G di Asia Pasifik dijangka akan mencecah 564 juta orang menjelang tahun 2013 berbanding dengan 121 juta orang pada tahun 2007.

17. Pada tahun lalu, kira-kira sejumlah 158.4 juta orang pelanggan 3G di Asia Pasifik.

18. Nokia Siemens Network (Nokia Siemens) peneraju pengatur rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi mudah alih pula (HSPA) menjangkakan bilangan pengguna perkhidmatan itu di Asia akan meningkat sekali ganda kepada 53.5 juta pengguna daripada 26.5 juta dalam tempoh 12 bulan akan datang.

19. Menurut laporan SKMM lagi, tahap penembusan jalur lebar pada suku tahun 2007 ialah sekitar 3.7 orang pengguna jalur lebar bagi setiap 100 orang penduduk.

Jumlah ini amat rendah dan hampir sama dengan negara lain seperti Turki (3.8), Mexico (3.5), berbanding dengan jumlah di Switzerland, Korea Selatan dan Norway yang mempunyai purata 26 orang pengguna jalur lebar bagi setiap 100 orang penduduk.

20. SKMM juga melaporkan bahawa sejumlah 84,600 orang pengguna jalur lebar pada tahun 2006 berbanding dengan 49,500 orang pada tahun 2005. Angka ini tidak signifikan jika dibandingkan dengan 27 juta orang penduduk Malaysia keseluruhannya.

Tahukah anda?


 
~ Planet yang paling panas ialah Zuhrah. Suhu permukaannya ialah 462 darjah Celcius

~ Makanan yg paling digemari oleh lipas ialah gam yg berada di belakang setem

~ Beethoven iaitu seorang penggubah beberapa susunan muzik klasik terbaik di dunia sebenarnya adalah seorang yang pekak

~ Ubat gigi jenama Colgate mula diperkenalkan di Perancis dengan nama Cue, mengambil sempena nama sebuah majalah lucah.

~ Perkataan 'Good-bye' asalnya dari perkataan 'God be with you'

~ Dalam rekod kajian di The Faculty of Homeopathy Malaysia (FAHOM) seorang lelaki Melayu mampu melakukan seks sebanyak 9 kali dalam masa 24 jam.

~ Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.

~ Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

~ Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

~ Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

~ terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

~ Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga pemburu sampai.

~ Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan. Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500 SM.

~ Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio.

~ Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang lebih dewasa daripadanya.

~ Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln. Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.

~ Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari 1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955 apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti.

~ Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.

~ Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil.

~ Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga 1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda untuk “menghiburkannya” . Di luar istana Jahangir, dia memelihara 12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan 10,000 ekor burung merpati.

~ Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50 – 60 meter yang akan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi.

~ Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang
menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di kocek baju.

~ Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa besar kerana kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau US$2,000 dengan senjata konvensional.

~ Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.

~ Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.

~ Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini.

~ KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang berpasir di Himachal Pradesh, India. Ia menjadi sebuah perkampungan tertinggi di dunia. Walaupun Kibber terletak di paras ketinggian 4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di musim sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas yang lengkap bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber sebuah perkampungan yang tidak boleh dianggap mundur dan daif sebaliknya akan menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun ia berada di puncak gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik, jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta klinik.

~ Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 - 100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat peruntukan pembelian senjata dunia.

~ Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653. Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.

~ Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan oleh rakyatnya, Deng Xioping sebenarmnya mempunyai rahsia tersendiri bagaimana beliau berjaya mengekalkan kesihatan sehingga umurnya menjangkau lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut adalah amalannya mandi air sejuk dan bermain terup.

~ Seorang sherpa dari Nepal, Ang Rita telah berjaya mendaki hingga ke puncak gunung tertinggi, Everest untuk kali yang kesepuluh  pada 23 Mei 1996. Apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi menawan puncak Gunung Everest yang dilakukan oleh Ang semenjak  kejayaan pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983 tidak pernah menggunakan bekalan oksijen. Sementara itu, David  Breashears dari Massachusetts, USA pula berjaya menjadi pendaki pertama yang sampai ke puncak Gunung Everest pada ketinggian  29,028 kaki dengan membawa peralatan untuk penggambaran yang paling berat.

~ Terowong semulajadi yang terletak di Kaveri di daerah Deewas, Madhya Pradesh, India merupakan terowong yang paling dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 1,000 kaki dan lebarnya ialah 100 meter. Lubang besar semulajadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi yang luarbiasa.

~ Beberapa ahli sains di England yang diketuai oleh seorang embriologis di Institut Roslin, Edinburgh, Dr Ian Wilmut telahberjaya menghasilkan klon binatang dewasa yang pertama. Binatang yang berjaya diklon itu ialah seekor bebiri yang dinamakan DOLLY. Kambing tersebut adalah hasil cantuman tetek ibunya. Ini menyebabkan hasil kambing klon itu seiras dengan ibu kambing tersebut.

~ Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki perpustakaan bergerak pada abad ke-10. Buku-bukunya yang berjumlah 117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa bertatih menyeberangi padang pasir ke mana sahaja di pergi.

~ Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan
tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar 10 meter.

~ Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.

~ Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala’ sebanyak 4,950 kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling lebih berat di bahagian `kepala’.

~ Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama itu berubah menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas ia dibawa keluar dari negara itu.

~ Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai pertandingan akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov’.

~ Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan lapisan usus.

~ Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat.

~ Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.

~ Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf ‘E’.

~ Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.

~ Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik.

~ Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A.

~ Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah di permukaannya.

~ Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954.

~ Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia.

~ Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi.

~ Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun.

~ Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari pada manusia.

~ Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning.

~ Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu mudah bangun pagi.

~ Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.

~ Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan.

~ Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya 988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.

~ Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.

~ Litar motosikal di Piccola Madonie di Sicily, Italy mempunyai 9,350 selekoh bagi pelumbanya.

~ Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.

~ Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.

~ Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut semasa berehar  atau tidur.

~ Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar.

~ Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New Zealand.

~ Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran 18.5 meter persegi.

~ Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali berat badannya dalam masa 56 hari.

~ Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air berbanding udara dalam suhu yang sama.

~ Kucing tidak boleh merasa rasa manis.

~ Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja. 

~ Lalat bergerak ke belakang ketika mula-mula terbang

~ Darah manusia mengalir sejauh 96,540 km setiap hari.

~ Nama paling panjang di dunia ialah ‘Adolp Blaine Charles David Earl Frederick Gerald Hubert Irvin John Kenneth Lloyd Martin Nero oliver Paul Quincy Randolph Shermasn Thomas Uncas Victor William Xerxes Yancy Zeus Wolfeschlegelsteinh ausenbergerdorft Senior

~ Pemain bolakeranjang Micheal Jordan menerima bayaran tahunan dari syarikat kasut Nike lebih banyak dari keseluruhan gaji pekerja kilang Nike di Malaysia.

~ Purata setiap wanita menggunakan 6 paun gincu sepanjang hidupnya.

~ Bagi setiap seorang manusia, ada satu juta semut

~ Mengikut buku Guiness Book of Records, restoran yg menyediakan hidangan terpantas di dunia ialah restoran Karne Garibaldi di Guadalajara, Mexico. Pesanan makanan anda akan sampai dalam masa 13 saat. – kat malaysia boleh tidur dulu lepas order, dan kekadang kita order dulu orang lain yg kemudian order dapat dulu.

~ Angkasawan Neil Armstrong mula menjejakkan kaki di bulan dengan kaki kiri

~ Menghantuk kepala anda ke dinding akan membakar kalori sebanyak 150 sejam

~ Kira-kira 17% manusia adalah tangan kidal. Sama seperti gorila dan chmpanzees.

~ Secara purata, seseorang manusia menelan 8 labah-labah sepanjang hidupnya.

~ Purata setiap orang bermimpi 1,460 kali setahun

~ Berat bumi ialah 6,588,000,000, 000,000,000, 000,000,000 tan

~ Apabila gelas pecah, kelajuan serpihannya yang berterbangan ialah 427 km sejam.

~ Bersin anda dikeluarkan dengan kelajuan 161 km sejam.

~ Kepulauan Falkland mempunyai jumlah penduduk seramai 2000 orang, tetapi jumlah kambing biri-biri di negara itu ialah 700,000 ekor. Nisbahnya 1 orang – 350 kambing.

~ Manusia bergayut di talipon purata 2 tahun dari sepanjang hidupnya

~ Lagu kebangsaan yang paling pendek ialah Jepun dengan hanya 4 baris perkataan.

Fakta tentang telekomunikasi.


 
1. Lebih 80 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia adalah pengguna telekomunikasi yang menyumbangkan kiran-kira RM22 billion kepada perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seperti yang direkodkan pada tahun 2007.

2. Pada tahun 2005, kadar penggunaan telefon talian tetap di negara ini dicatatkan berjumlah 4.4 juta pengguna dengan kadar penembusan sebanyak 16.6 peratus. Daripada jumlah itu, sejumlah 74.9 peratus ialah pengguna di kawasan bandar, manakala di luar banda pula mencatatkan kira-kira 25 peratus yang mengunakan perkhidmatan tersebut.

3. Jumlah pengguna telefon talian tetap meningkat dengan kadar perlahan sehinggalah tahun 2008 iaitu dengan sejumlah 75.8 peratus pengguna telefon talian tetap di bandar, manakala sebanyak 24.2 peratus sahaja pengguna perkhidmatan itu di kawasan luar bandar.

Peningkatan yang kurang memberangsangkan ini adalah disebabkan oleh banyak pengguna beralih kepada talian telefon selular yang menawarkan harga perkhidmatan yang lebih kompetitif hasil daripada langkah liberalisasi pasaran yang dilaksanakan oleh kerajaan.


4. Langganan telefon selular pada tahun 2005 adalah sebanyak 19.5 juta pengguna, dan dijangka meningkat kepada 24.4 juta pengguna menjelang tahun 2010.

5. Pengguna Internet di Malaysia mencatatkan sebanyak 3.7 juta pengguna (Rancangan Malaysia Ke-8) dan dijangka akan bertambah sebanyak 10 juta pengguna lagi menjelang tahun 2010 dalam pelan Rancangan Malaysia Ke-9.

Jangkaan peningkatan ini adalah kerana faktor kemampuan dan perubahan gaya hidup masyarakat Malaysia yang kini mula mementingkan aspek telekomunikasi.

6. Syarikat telekomunikasi di Malaysia yang mempunyai lesen di bawah Kementerian Komunikasi, Air, Tenaga dan Komunikasi (KTAK) yang menyediakan perkhidmatan telefon ialah TM, Celcom, Maxis Communications dan DiGi.

Sementera itu, penyedia perkhidmatan Internet (ISP) yang berlesen adalah Mimos Berhad, TMnet dan Maxisnet.

7. Kerajaan memandang industri telekomunikasi harus diperhebatkan lagi. Selain daripada perkhidmatan yang sedia ada, komunikasi menggunakan satelit juga adalah salah satu kaedah yang harus dipelopori.

Berikut merupakan senarai satelit yang telah dilancarkan oleh Malaysia:

a. Satelit terulung negara, Geo-Stationary Malaysia East Asia Satellite (MEASAT1) dilancarkan di orbit bumi pada Januari 1996.

b. Pada November tahun yang sama, MEASAT2 pula dilancarkan, sekali gus membuka lembaran lebih luas kepada industri telekomunikasi Malaysia.


c. Pada tahun 2000 pula, Sebuah satelit Low Earth Orbit (LEO), yang diberi nama TiungSat dilancarkan.


d. Pada April tahun ini, Malaysia melakar sejarah dengan melancarkan satelit keempat negara iaitu RazakSAT yang juga merupakan satelit LEO yang dilancarkan di Kwajalein ISland, berhampiran dengan Guam dalam wilayah Amerika Syarikat.


RazakSAT yang berharga RM127 juta itu merupakan satu daripada kelas LEO yang membawa muatan elektro-optikal dan kamera jenis Medium Aperture (MAC) yang boleh mengesan objek sekecil 2.5 meter untuk tujuan pemetaan perbandaran, alam sekitar, dan bioteknologi meliputi seluruh kawasan muka bumi di Malaysia.

8. Statistk daripada SKMM mencatatkan penggunaan Internet jalur lebar di Malaysia kini meningkat. Teknologi ini yang mencatatkan sejumlah 500,000 pengguna di Malaysia sudah tampil menjadi bentuk komunikasi yang wajib dimiliki oleh rakyat selepas telefon selular.

Dijangkakan sebanyak 3.7 juta rakyat Malaysia akan menggunakan Internet jalur lebar menjelang tahun 2010.
9. TM dipilih sebagai syarikat yang bertanggungjawab untuk membangunkan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB). HSBB dilaksanakan dengan tujuan untuk mencapai sasaran 50 peratus penggunaan jalur lebar menjelang tahun 2010.

TM dipilih kerana syarikat itu membekalkan 85 peratus perkhidmatan jalur lebar dalam negara dan memiliki infrastruktur yang akan menyokong perlaksanaan HSBB.

TM melabur lebih RM4 billion daripada RM8.9 billion dalam projek bernilai RM11.3 billion dan kerajaan dijangka menyumbangkan sebanyak RM2.4 billion dalam pembangunan teknologi berkenaan.

10. Menurut data yang dikeluarkan oleh Asia Pacific Mobile, Informa Telecoms dan Media melalui penyelidikannya pada suku tahun pertama tahun 2007, menyenaraikan Maxis Communications di tangga yang ke-27 dengan jumlah pengguna berjumlah 8 juta orang.

Sementara TM yang memiliki Celcom berhad, mencatatkan sebanyak 6 juta pengguna pula berada pada tangga ke-34, manakala DiGi pula berada di tempat ke-37 dengan jumlah pengguna yang sama.



11. Di peringkat Asia pula, sejumlah 46 juta orang adalah pengguna telefon talian tetap dan hampir 9 juta orang pengguna telefon selular.

12. Di rantau Asia juga mencatatkan jumlah pengguna telefon selular mencecah hampir 2 billion orang pada tahun 2004 dan dijangka mencecah hampir 3 billion pengguna pada tahun 2009.

Daripada jumlah itu, kira-kira 47 peratus pengguna dari rantau Asia Pasifik, manakala Eropah Barat sejumlah 20 peratus dan hampir 9 peratus pengguna dari rantau Amerika Utara.

Dominasi pengguna terbanyak di rantau Asia Pasifik menjangkakan perolehan keuntungan mencecah sehingga AS$13 billion dalam sektor itu sepanjang tahun 2006 hingga 2010.

Sumber : "Telekomunikasi Negara Terus Mengorak Langkah " oleh Sofia Mohamad Zaid dalam Dewan Ekonomi Mei 2009.

Bagaimana cara berhadapan dengan orang yang berfikiran Negatif?r




Bagaimana nak berhadapan dengan orang yang berfikiran negatif, berkata-kata yang negatif, penuh umpatan, caci maki dan buruk sangka?
Anda hanya perlu ..
1. Biarkan Mereka Bercakap.
Diamkan diri dan biarkan saja mereka bercakap, bercakap dan terus bercakap. Orang berfikiran negatif dikuasai oleh ego dan emosi tak puas hati.
Mereka akan lebih melenting bila orang lain membangkang idea, saranan dan kata-kata mereka. Cara terbaik, Anda diam saja. Cuma perlu senyum saja dengar kata-kata mereka.
2. Bina Benteng Minda.
Mendengar kata-kata negatif saja sudah cukup untuk 'meracuni' minda Anda. Nak maintan fikiran positif yang Anda dah bina, perlu sediakan benteng minda.
Sepeti komputer, sediakan 'firewall' dalam minda Anda untuk menahan serangan kata-kata negatif.
Dalam erti kata lain, perlu banyak bersabar. Banyakkan istighfar kerana dengan rajin beristighfar, dapat membuang unsur fikiran negatif lalu meneutralkan gelombang negatif yang terbit dari minda setelah mendengar kata-kata negatif tadi.
Perkataan dalam ayat yang kita dengar boleh menerbitkan gelombang minda berlainan.
Sebaik saja minda Anda menangkap perkataan negatif, serta merta emosi Anda juga turut berubah menjadi negatif kerana energi gelombang yang terbit dari minda adalah negatif.
So, tukarkan ia menjadi positif dengan banyak beristighfar. Biar rasa kemaafan tu meresap jauh ke dalam sanubari Anda, sejauh yang mungkin, sedalam yang mungkin.
Menyerah atau menyokong kata-kata negatif akan menghancurkan diri Anda sendiri, sebab ia akan menarik situasi negatif, fikiran negatif orang lain dan benda-benda negatif. Kesannya, ada saja yang terjadi tanpa kemahuan Anda.
Misalnya, masalah kewangan yang muncul tiba-tiba, kereta rosak tiba-tiba, masalah di tempat kerja, kunci Anda hilang, hanphone hilang dan masalah lain yang sememangnya tidak di duga.


Pages