Pukul 2:38 pagi, aku masih tak dapat nak lelapkan mata… ada kepiluan mencengkam kalbu, entah mengapa. Minda separuh sedar aku bagai mengatakan, “Kau tahu…tapi kau cuba elakkan dari merasakan apa yang kau rasa…”
Ya mungkin betul… mungkin betul aku tahu cuma aku tak sanggup menghadapinya… ATAU mungkin juga kerana aku tak yakin… Mungkin kerana aku tiba-tiba teringat SUATU MASA dulu aku pernah bahagia dengan seseorang yang berada jauh di sana? atau mungkin kepiluan ini kerana aku teringat SUATU MASA dulu aku pernah happy dengan kawan-kawan aku? Dan mungkin juga kerana SUATU MASA dulu aku tidak memerlukan sesiapa?
Whatever it is, yang aku tahu dan aku amat merasakan at this time adalah SUATU MASA dulu aku tidak pernah merasa teramat sunyi sesunyi ini…
Kadang-kadang this kind of feelings memang kita tidak dapat nak elak dan kita terpaksa menempuh realiti kehidupan dan menghadapi kesilapan yang lalu…
Kita mungkin happy dengan keluarga tercinta, pasangan tersayang, kita mungkin happy dengan karier kita, gembira dengan pencapaian kita… but jauh di sudut hati kita… perkara di SUATU MASA itulah yang asyik bermain-main di minda kita…aduuuhhh…
Betapa aku mahu merasakan saat seperti dulu sekarang nihhh… ahhh, kalau lah dapat aku putarkan waktu, aku akan kembali ke SUATU MASA sebelum aku melakukan kesilapan-kesilapan yang lalu… dan aku tidak akan persia-siakan segala-galanya…
Sekarang, aku terpaksa menerima semua yang telah terjadi, terpaksa menempuh segala kesilapan-kesilapan lalu… Semoga Tuhan masih memberkati perjuangan yang belum selesai ini, teringat aku dengan lagu M.Nasir ‘Suatu Masa’ pada rangkap terakhir yang cukup sayu…
Suatu Masa
Lagu : M.nasir
Bagaimanakan ku mula
Tiadakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku
Tiadakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku
Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan
Berhelai helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua dan ku buangkan jauh
Dari pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua dan ku buangkan jauh
Dari pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku
Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara kepadanya
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara kepadanya
Warna warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Dapatkah kau rasakan apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suci ku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Dapatkah kau rasakan apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suci ku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima
No comments:
Post a Comment