Dalam perjalanan ku meredah jalan menuju ke hulu terengganu di sekitar Kuala Berang untuk mencari kesan-kesan bukti peninggalan sejarah. Walaupun keadaan pada ketika itu hujan agak lebat membasahi bumi, namun ku turutkan hati juga untuk terus sampai kesini memandangkan masa yang ada amatlah singkat bagiku. kerana aku akan kembali semula ke Pulau Pinang lagi 2 hari.
Perjalanan pada mulanya agak tersesat untuk mencari memorial jumpaan Batu bersurat ini.
Ikuti sediki sejarah berkaitan penemuan Batu Bersurat ini.
Lokasi disekitar luar kawasan memorial
Namun selepas kembali semula ke kereta setelah mengambil kesemua gambar-gambar tersebut, perasaan ku mula terpaku pada beberapa keping gambar yang kelihatannya tidak begitu terang dan jelas.. Kelihatan seperti bayang2 putih yang melindungi gambar-gambar pada maksud tulisan yang diterjemahkan itu,.
Lihat gambarnya dibawah,
Persoalan yang timbul dibenak fikiranku, adakah ini akibat dari pada kesan cahaya matahari ataupun camera pada handphone ku ?? Jika difikirkan logik, dan dicuba berulang-ulang kali menangkap semula gambar pada sudut lain, ianya jelas..
Adakah apa-apa yang misteri disebalik cahaya putih yang terhasil pada tulisan2 makna batu tersebut ??
Lokasi gambar ditangkap adalah disekitar jam 5 petang jika tidak silap saya.
Ada cerita lebih misteri yang saya ketahui daripada orang2 yang lebih tua dimana dikhabarkan ada sebuah Istana lama didalam hutan tebal di lokasi Kuala Berang yang kini Istana tersebut ditutupi oleh hutan Rimba yang tebal.. Saya yang melalui jalan tersebut merasakan sesuatu yang agak menyeramkan ketika melihat rimbunan pokok-pokok yang rimbun dan hutan yang tebal yang jarang diduduki oleh penduduk setempat ketika saya sesat masuk mencari tapak asal batu bersurat ini..
Baca sedikit kupasan mengenai asalnya Batu Bersurat ini :
Penyelidik Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) dihasilkan menggunakan batu tempatan di negeri berkenaan, sekali gus merungkai misteri asal batu berkenaan yang menjadi perdebatan pengkaji sejarah, kurator muzium dan ahli arkeologi.
Sekitar 88 tahun lalu, Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu, HS Peterson yang memperakui misteri batu bersurat itu meminta seorang jurugambar Jepun, N Suzuki merakamkan gambar batu itu kemudian dihantar kepada CO Blagden untuk diterjemahkan, namun misterinya gagal dirungkai.
Penyelidik Nuklear Malaysia, Dr Jaafar Abdullah, berkata penyelidikan saintifik menggunakan teknologi nuklear mendapati BBPT mirip dengan batuan `dolerite’ dari kawasan Hulu Sungai Lawit dan Panchor, Empangan Kenyir, Terengganu.
Katanya, batu terbabit agak berbeza dengan batuan `dolerite’ dari Pangsun, Hulu Langat di Selangor serta amat berbeza dari segi komposisinya berbanding batuan granit.
Beliau berkata, cerapan yang dilakukan di sekitar Hulu Sungai Lawit dan Panchor membawa penemuan yang lebih meyakinkan batu bersurat berkenaan berasal daripada batuan tempatan sekali gus membuktikan ia batu tongkol sungai.
“Bagaimanapun, kajian ini masih lagi diteruskan dengan lebih banyak kawasan persampelan diperlukan bagi menentukan asal BBPT dengan lebih tepat.Selama ini ia berpandukan sejarah,” katanya kepada Berita Harian, di Nuklear Malaysia, di sini, baru-baru ini.
Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Padang Tara, Kampung Buloh, Kuala Berang sekitar 1887 diisytiharkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai antara daftar Warisan Peringatan Dunia.
Batu bersurat yang dianggarkan berusia lebih kurang 700 tahun itu ialah batu bersurat yang mempunyai ukiran paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia serta membuktikan Islam sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386.
Dr Jaafar berkata, pihaknya menggunakan sistem mudah alih `Neutron-Induced Prompt Gamma-Ray Techniques’ (NIPGAT) berasaskan teknik neutron teraruh sinar gama bagi menganalisis komposisi batuan `dolerite’ dan granit; dan seterusnya diguna pakai untuk menganalisa komposisi dalam BBPT.
Katanya, sistem NIPGAT mudah alih direka bentuk dan dibangunkan menggunakan kaedah pengukuran berasaskan isi padu serta dilakukan secara ujian tanpa musnah terhadap sampel.
Beliau berkata, sistem itu menggunakan sumber radioaktif beraktiviti rendah dari isotop neutron (Cf-252), spektroskopi sinar gama serta perisian komputer khusus bagi menjalankan penyelidikan.
“Hasil kajian mendapati bahawa batu bersurat ialah daripada jenis batuan `dolerite’ berdasarkan komposisi unsur batu itu. Meskipun sebahagian besar data saintifik untuk kajian asalan batu bersurat sudah diperoleh, penyelidikan masih diteruskan untuk melengkapkan skop kajian,” katanya.
Dr Jaafar berkata, pihaknya berharap bukti saintifik serta data teknikal yang diperolehi daripada kajian itu akan memberi impak yang besar bukan sahaja kepada kurator dan ahli arkeologi, tetapi juga kepada saintis dan ahli sejarah pada masa depan.
Katanya, kajian dengan pemerhatian sifat fizikal luaran BBPT, diikuti penemuan batu nisan di tanah perkuburan sekitar tapak penemuan batu itu mempunyai persamaan dengan batu bersurat iaitu `dolerite’.
“Menurut En. Rusli Yahya(pengkaji bebas tempatan), batu nisan itu berasal dari kawasan Panchor. Maklumat ini penting kerana ia secara tidak langsung memberi petunjuk awal sumber lokasi asal bagi BBPT,