Monday, November 30, 2015
Monday, September 14, 2015
Monday, June 22, 2015
Menggemparkan.!! sebuah akar pokok menyerupai mayat sedang dikapankan.
Sebuah video yang saya ambil memaparkan penemuan sebuah akar pokok yang menyerupai mayat sedang dikapankan .. Inilah petanda kebesaran Allah swt supaya manusia beringat akan kematian. Kedudukan posisi mayat ini seperti keadaan kubur yang lain dimana kedudukan kepala dan kaki adalah selari mengikut kubur tersebut..
Mati itu adalah Pasti, Hidup belum tentu ..
Beringatlah ..
Wednesday, June 17, 2015
Simbol pada Wang kertas suatu kebetulan atau Polemik ?
Adakah apa yang berlaku keatas Malaysia kali ini satu penanda kepada kejatuhan Ekonomi serta menamatkan pemerintahan BN dalam PRU14 ??
Hanya tinggal Agung sahaja. Mungkin ini juga akan berlaku selepas Kerajaan bertukar pemerintah dengan menghapuskan institusi Beraja.
Friday, April 17, 2015
Kisah seram perjalanan melalui Pengkalan Hulu, Perak.
Kisah ini adalah pengalaman sebenar aku ketika melalui jalan ke Pengkalan Hulu menuju ke Gerik.
Alkisahnya aku dalam perjalanan menjemput makcik dan pakcik yang tinggal di Lawin, Daerah Gerik, Perak untuk menghadiri satu kenduri adik aku bertunang. Aku ditemani oleh tunang aku ketika itu. Waktu pergi kesana, kami gerak tgh hari, melalui jalan Baru, Kulim -Gerik. Sampai disana petang, rehat-rehat kejap dirumah makcik aku tu.,lebih kurang petang dalam pukul 7 ptg kami gerak menuju ke Penang dengan menggunakan jalan Pengkalan Hulu, Baling. Aku tidak suka guna Highway Kuala Kangsar kerana memakan masa yang lama.
Ketika perjalanan itu. Waktu Maghrib sudah masuk, aku cuba mencari masjid untuk singgah sembahyang.. Biasalah, tempat orang aku tak tau. terlepas 2 masjid.. Pada fikiranku, tak mengapalah.Kami singgah masjid dihadapan sajalah jika jumpak. turun sahaja dari kaki bukit Gunung Paku, sebelah kirinya ada sebuah masjid yang bernama Masjid Jamek, Pengkalan Hulu. masjidnya cantik. aku dgn Pakcik aku pergi solat dahulu sementara itu tunangku dgn makcik aku tinggal didalam kereta.aku bukak la air-cond sbb memikirkan keselesaan mereka.
laluan Pengkalan Hulu
Selesai sahaja solat dari situ. kami pon gerak la meneruskan perjalanan semula.apabila sampai di padang tamat RnR, tetiba temperature kereta aku naik full. aku panik. waktu itu dalam pukul 8.30 mlm. Aku berhenti dibahu kiri jalan. betul-betul ada kuarter Polis yang besar disitu.. sebelum laluan masuk. ada perhentian menunggu bas. aku berhenti situ dan check kereta aku. terkejut gile aku tetibe penutup kereta aku terbukak dan air dalam tu memancut-mancut keluar... aku lagi tambah panik takut kalu terbakar..
Aku ni bukanlah pakar mekanik. aku call abg iparku bertanyakan ttg hal ini. dia memberi beberapa saranan. kebetulan ditempat kami berhenti tu ada RnR.. biar kejap kipas tu stop baru aku start balik kereta.. air boleh dikatakan hilang banyak. Kami semua panik...
Aku takut jika keretaku terbakar.. berasap-asap satu enjin bukan main waktu tu.. Tunggu kejap.. bila dah stop kipas tu.. aku follow apa yang disarankan oleh abg iparku. Abg Iparku ni Mekanik.jentera-jentera askar dlm pengawasan dia.. so kena serahkan pada yang pakar dlm bab2 gini.
Kami bergegas ke RnR tersebut.. sementara menunggu sejuk semula enjin tu.. kami makan dulu... ramai yang call bertanyakan situasi ini lebih2 lagi abh & emakku.. manakan tidaknya.. esok nak kenduri.
Takperlah time tu.. lebih kurang sejam jugakla kat situ.. aku isi semula air didalam tangki tu masa enjin dah sejuk.. Alhamdulillah, temperature baik seperti sediakala.. terpaksa bawak slow dan tak bukak air-cond. kami tiba di Penang pada jam lebih kurang 2 pagi.. Jenuh sepanjang peristiwa ni aku duk fikir macam2. lagi2 macamana penutup air tu boleh terbukak. Nasib baik ada kt sebelah tu saja. xhilang.. kalu hilang lg haru wei.!
Dikatakan aku tdk menutup ketatlah mcm2 lagilah.. kalu difikirkan logik akal lagi. last aku check air semasa berada di Penang lagi. beratus kilometer jugaklah jarak dari sini ke Gerik sana tu. sudah tentu hanya beberapa kilometer saja sudah temperature blh naik kalu penutup tak ketat lg masa dr Penang. lagipula.. masa gerak dari Gerik. semuanya ok.. temperature mmg elok. takperla.. aku abaikan saja hal ni..
keesokkannya mak aku mimpi, ketika kami parking kereta di masjid tu.. selepas tunangku keluar pergi ketandas, dlm kereta hanya tinggal makcik aku sorang saja.. Seorang lelaki berjubah menumpang kereta waktu tu.. masuk ketika pintu dibuka oleh tunangku.. Ohooo..
Lelaki berjubah dan berserban.. kata mak aku orangnya adalah orang Patani. waktu kami nak gerak semula tu, hujan renyai2.. masjid ketika kami sampai waktu tu ada kuliah maghrib. Lelaki berjubah putih ni nak turun ke padang tamat rnr. patutla kereta aku tetiba temperature blh naik mcm tu saja.. nthla.. aku pening dh ni.
Selesai apa sudah kenduri ni.. aku perlu menghantar semula Makcik & Pakcik ku balik ke Gerik.waktu ini, tunangku tak ikut, emak aku follow. semangat sikit ada mak aku ni.
Nak dijadikan ceritalah jugak. kami gerak tgh hri dari Penang ke Gerik.. tetapi melalui jln yang sama iaitu perlu melalui jalan ke Pengkalan Hulu. drive punya drive, waktu Zohor dah jauh tinggal ni.dlm pukul 3 lebih. aku masuk ke Pekan Pengkalan hulu dan yang hanya nampak masjid pengkalan hulu yang aku singgah sebelum ni. tanpa memikir panjang.. aku terus lah masuk ke Masjid ni..
Sesampai saja kepintu masuk.. nak parking kereta.. tetiba temperature aku naik semula.
Ahh...?? sudah... aku lgi panik la.. kali ke-2 ditempat yang sama.. Ini adalah masjid.. tempat beribadat.. xkanlah tempat2 mcmni pon masih ada gangguan.. waktu ni dlm pukul 3.30 ptg. waktu siang.!!
selesai solat apa semua.. mak aku rasa tak sedap.. dibuatnya air.. baca sedikit doa mintak pelindung, renjis2 sikit kat kereta aku kt luar & dlm. sambil tu menggesa agar cepat tinggalkan tempat ni.. kami lekas2lah bergegas.. Selesai keluar sahaja dari gate pintu masuk masjid tu.. mak aku bagitau yang segolongan makluk mcm2 rupa begitu ramai.. duk ganggu2 dia waktu dia baca doa tu. waktu sembahyang jugak mak aku kena ganggu.. dikatakannya, ada perempuan jalan mengesot didalam masjid ni, berada disebelah dia. digate masuk tu dah ada penjaga.. sepanjang perjalanan tu. mcm2 doa yang mak aku baca.. kena beringat la sama kita ditempat org kan? Tapi yang aku pelik. kenapa aku? kenapa kat tempat ni?
knp tak jadi kat tempat lain?
aku dh standby ambik gambar dlm masjid ni.. cntik juga dlm hati ku berkata. tpi aku memikirkan.. asal tapak sebelum dibina masjid tapak ini dari mana? sebab bila lihat keadaan sekeliling, tapak ni macam sebuah pusat pentadbiran. adakah tapak ni tapak peninggalan Istana dahulu kala? @ sebaliknya?
ni gambar yg aku snap lepas solat zohor.
Laluan Pengkalan Hulu ni memang jrg ada kereta lalu. lebih2 lagi time malam.. so.. korang blh byngkanlah macamana punya gangguan ditempat ni taktau lah nak habaq mcmana. Lampu jalan pulak xdak. betul2 hulu punya. Tpi yg aku pelik. kenapa problem ni jadi bila masuk saja ke pengkalan hulu? padahal kalu difikirkan, jauh tempat aku drive.. kenapa tak jd problem kt tempt lain..
Ini persoalan aku kali ke-2. aku tambah panik bila kena kali ke2 ditempat yang sama menggunakan laluan yang sama.. Mlm tu mak aku mimpi, seorang perempuan tunggang kereta aku duk diatas bonet belakang.. ahhhhh.!! sudah.. dia nak ikut aku ka apa?
Xpelah..Bila dah smpai Gerik. aku dgn mak aku rehat dlm sehari cmtu. keesokkannya time nak balik.. lepas habis maghrib..kali ni cuma kami berdua saja.. mak aku tanya,, nak balik kot mana?
Aku jawab kita lalu laluan yang sama.. tp mmg xberhenti kt Masjid tu la.. maksud aku tu.. masih ada bnyk lg masjid lain yang boleh kita singgah... takkan cuma nak singgah kt tempat yg sama je kan? hihi.. ayat xblh bla.
Agaknya apa yang sedang bermain diminda anda semua?
Sepanjang laluan ni.. keseluruhannya tiada lampu jalan.. arah sunyi kiri & kanan. laluan naik turun bukit. jln agak berkabus bila hari hujan. waktu malam jarang ada kereta lalu.Kali ni aku dh buat persediaan rapi. check semua temperature apa. kami pon gerak balik mlm tu. alhamdullilah perjalanan sehingga menuruni bukit Pengkalan hulu tiada masalah kerana kereta mmg tidak langsung berhenti, strait terus drive tanpa henti. Bila dh masuk ke Baling.. oklah sikit rasa,,sehinggalah terus sampai kerumah... nsib kali ke-3 ni xde apa2 yg jd..
Sunday, February 15, 2015
GEMPAR.!! : Kain kapan mirip ikatan mayat ditemui.
Kami satu keluarga dikejutkan dengan sebuah penemuan kain yang ditanam dikawasan rumah.
Saya menjumpainya ketika proses menggali tanah. Lebih kurang sejengkal, kelihatan cebisan kain ditanam mengikut persamaan kepada tanamnya mayat manusia. Saya percaya tujuannya untuk menghuru-harakan keadaan pemilik rumah serta ahli keluarga saya.
Ini dia gambarnya..
Ini adalah kain yang digunakan oleh mayat.
Pada mulanya saya fikir mungkin kain biasa, tetapi hati terdetik untuk menarik keluar ketika saya menggali tanah. Apa yang membuatkan saya bertindak demikian kerana binatang ternakan argus kakak saya mati, kebetulan waktu itu sudah masuk waktu Maghrib. Jadi, saya ambil keputusan untuk menanam argus ini selepas azan selesai dan mula mengorek tanah diluar perkarangan rumah.
Dalam keadaan yang samar-samar cerah bercampur gelap, mulanya memang tak perasan langsung apabila melihat sebuah kain berada di tempat penggalian.
tapi hati mendesak untuk menarik keluar dan lihat apakah bendanya itu.. Apabila diteliti, ia seperti menyamai simpulan pada mayat.
Lihat juga pada ikatannya.
Ikatan diikat kemas dibahagian kaki, kepala dan betul-betul menyemai ikatan pada sebuah mayat..
akar pokok kecil juga kelihatan di kain tersebut dipercayai baru ditanam dalam kurang tempoh 3,4 bulan serta keadaan kainnya juga dilihat tidak lagi reput..
Apa tujuannya dibuat simpulan menyamai mayat melainkan penghantarnya mengamalkan sihir-sihir tertentu dengan tujuan yang tidak baik.
Mirip bukan? ikatan pada bahagian kaki, kepala serta dihujung jambul.
Inilah sihir (ilmu hitam) yang digunakan oleh si pengamal untuk tujuan memporak perandakan rumah tangga orang. Ia juga terdiri dari berbagai-bagai jenis kaedah.. tetapi lebih banyak memudaratkan kehidupan seseorang.
Ingatlah bahawa sesiapa yang beramal dan pengamal sihir dihukum dengan kufur, hal ini jelas di dalam al-Quran. Allah SWT berfirman yang bermaksud: …akan tetapi puak-puak syaitanlah yang kufur (dengan amalan sihir itu); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir… (al-Baqarah: 102).
Rasulullah juga berpesan bahawa sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang akan mengheret si pengamalnya merosak dan menghancurkan sesuatu bangsa sebelum terkena kepada peribadi seseorang.
* Kita tengok nanti apa akan jadi kepada si penghantar ini pula.. langit tidak selalunya cerah..
Thursday, January 22, 2015
Ust. Khairul Abd Mutalib - Ceramah Perdana Bertajuk Alam Jin [11-10-2014...
Ilmu yang bermanfaat ketika diganggu Jin
Subscribe to:
Posts (Atom)