Sunday, February 15, 2015

GEMPAR.!! : Kain kapan mirip ikatan mayat ditemui.


Kami satu keluarga  dikejutkan dengan sebuah penemuan kain yang ditanam dikawasan rumah. 
Saya  menjumpainya ketika proses menggali tanah. Lebih kurang sejengkal, kelihatan cebisan kain ditanam mengikut persamaan kepada tanamnya mayat manusia. Saya percaya tujuannya untuk menghuru-harakan keadaan pemilik rumah serta ahli keluarga saya. 


Ini dia gambarnya..




Ini adalah kain yang digunakan oleh mayat.


Pada mulanya saya fikir mungkin kain biasa, tetapi hati terdetik untuk menarik keluar ketika saya menggali tanah. Apa yang membuatkan saya bertindak demikian kerana binatang ternakan argus kakak saya mati, kebetulan waktu itu sudah masuk waktu Maghrib. Jadi, saya ambil keputusan untuk menanam argus ini selepas azan selesai dan mula mengorek tanah diluar perkarangan rumah. 

Dalam keadaan yang samar-samar cerah bercampur gelap,  mulanya memang tak perasan langsung  apabila melihat sebuah kain berada di tempat penggalian.
tapi hati mendesak untuk menarik keluar dan lihat apakah bendanya itu.. Apabila diteliti, ia seperti menyamai simpulan pada mayat.

Lihat juga  pada ikatannya. 


Ikatan diikat kemas dibahagian kaki, kepala dan betul-betul menyemai ikatan pada sebuah mayat..
akar pokok kecil juga kelihatan di kain tersebut dipercayai baru ditanam dalam kurang tempoh 3,4 bulan serta keadaan  kainnya juga dilihat tidak  lagi reput..


  Apa tujuannya dibuat simpulan menyamai mayat melainkan penghantarnya mengamalkan  sihir-sihir tertentu dengan tujuan yang tidak baik.





Mirip bukan? ikatan pada bahagian kaki, kepala serta dihujung jambul. 


Inilah  sihir (ilmu hitam) yang digunakan oleh si pengamal untuk tujuan memporak perandakan rumah tangga orang. Ia juga terdiri dari berbagai-bagai jenis kaedah.. tetapi lebih banyak memudaratkan kehidupan seseorang. 

Ingatlah bahawa sesiapa yang beramal dan pengamal sihir dihukum dengan kufur, hal ini jelas di dalam al-Quran. Allah SWT berfirman yang bermaksud: …akan tetapi puak-puak syaitanlah yang kufur (dengan amalan sihir itu); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir… (al-Baqarah: 102).


Rasulullah juga berpesan  bahawa sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang akan mengheret si pengamalnya merosak dan menghancurkan sesuatu bangsa sebelum terkena kepada peribadi seseorang.




* Kita tengok nanti apa akan jadi kepada si penghantar ini pula.. langit tidak selalunya cerah..

No comments:

Post a Comment

Pages