Saturday, August 2, 2025

10 kelebihan Pak Maun (ڤق ماعون) berbanding lelaki sebaya dengannya

 

 




1. Walaupun Pak Maun 'play boy' tetapi dia sangat hormat dgn "bentara¹ guru". Bukan takut.

2. Walaupun sudah berusia, tenaga Pak Maun sangat kuat, mampu berlari dan meloncat.

3. Walaupun isteri Pak Maun garang dan menakutkan, beliau sabar layan isteri dgn romantik dan tak lokek² memuji isteri "Ya! Awak lagi cantik". Mrk kekal bersama dari muda sehingga tua.

4. Walaupun kebanyakan lelaki suka keluar rumah, Pak Maun lebih suka duduk rumah. "Kalau tak pasal syarahan, tak kuasa nak tinggalkan awak".

5. Kebanyakan lelaki suka ngeteh atau ngopi di warung, Pak Maun suka minum kopi susu di rumah.

6. Lelaki sekarang mana ada senjata api, melainkan yg ada dusun. Pak Maun ada senapang patah utk melindungi keluarga.

7. Pak Maun tidak berdendam kpd Lokman. Walaupun bini buat hiruk di pesta muda mudi, Pak Maun memilih utk melarikan diri drpd bergaduh di hadapan org ramai.

8. Pak Maun pandai menghiburkan diri sendiri "me time" dgn membaca buku dan bersyair tanpa mengganggu atu menyusahkan org lain.

9. Pak Maun memenuhi keperluan rumah tangga. "Ha! Itulah saya sayangkan awak, suruh beli satu, enam saya bawak balik. Ha!"

10. Pak Maun tangkap dan ikat saspek pencuri. Tunggu polis sampai tanpa ambil tindakan sendiri. Kalau skang ni .. pencuri selipar pon lunyai kena belasah.

Nota:
¹Bentara adalah pegawai yang bertugas sebagai pesuruh atau utusan. Ia boleh merujuk kepada pegawai yang menyampaikan titah raja, membawa alat kebesaran diraja, atau menjaga ketenteraman dalam majlis atau dewan.

²Lokek (لوکيق) = kedekut, bakhil, atau kikir. Ia juga boleh membawa maksud orang yang susah atau berat hati untuk memberi atau membelanjakan harta

Semoga roh Dato' Mahmood Derani atau lebih dikenali sbg Mahmud June (20 Jan 1921 - 14 Feb 2002) sentiasa dalam rahmat Allāh.

kredit 


No comments:

Post a Comment

Pages