Wednesday, May 22, 2013

Rahsia logo Volkswagen






Kereta Volkswagen sudah pun terkenal sejak perang dunia kedua lagi di Malaysia. Kebanyakan kereta volkswagen yang berada di Malaysia ketika itu adalah jenis Beattle 2 pintu dan van serbaguna.
Namun disebalik produk kenderaan yang meluas dari Jerman itu ada sesuatu yang menarik dan mungkin mengejutkan kita. Ianya bertambah menarik dan misteri apabila ‘kejutan’ itu dibuat sendiri oleh pengasasnya iaitu Adolf Hitler.


Rekaan Kereta oleh Adolf Hitler

Kereta Volkswagen sebenarnya direka sendiri oleh pemimpin diktator Jerman iaitu Adolf Hitler sebelum kereta itu memasuki pasaran. Idea lakaran itu diperoleh oleh Hitler ketika beliau sedang duduk bersantai di sebuah restoran di Munich pada 1932.

Hitler melakar sendiri rekabentuk Beetles dengan objektif kereta itu mampu memberi keselesaan kepada pemiliknya dengan ciri-ciri bersantai dan mdah dikendalikan. Nama pertama yang dicadangkan ialah Kraft durch Freude(KdF-Wagen, lyang bermaksud “strength through joy car”).
Setelah siap lakaran, Hiter memberikan plan itu kepada pengarah Daimler-Benz iaitu Jacob Werlin sambil berkata,

“Take it with you and speak with people who understand more about it than I do. But don’t forget it. I want to hear from you soon, about the technical details.”
Namun demikian, Daimlr-Benz tidak mengeluarkan Volkswagen tetapi kereta itu dikeluarkan oleh kilang Porche milik Dr. Fredinand Porche dengan tema “Peoples’s Car”. Oleh itu, semua teknologi kereta dari A hingga Z adalah buatan Porche.

 
(Gambar) Pengasas, Dr. Ferdinand Porsche

Misteri Logo Volkswagen
Yang mencurigakan adalah lakaran logo Volkswagen itu sendiri. Ianya unik dan ringkas dengan huruf V berada di atas huruf W.
Sebenarnya logo ini tiada apa-apa maksud tetap ia mencurigakan apabila kita memutarkan logo ini dengan laju. Apabila diputar laju biasanya ketika tayar bergerak maka lambang Nazi jelas kelihatan.

Thursday, March 14, 2013

Apa yang anda harus tahu tentang Bill Gates?

Perkara Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Bill Gates Dan Duitnya





1. Setiap saat, Bill Gates menjana pendapatan sebanyak US$250 (RM750) setiap SAAT. Iaitu bermaksud US$20 Million (RM60 Juta) dalam sehari, US$140 Million (RM420 Juta) dalam tempoh 1 Minggu dan US$7.8 Billion (RM23.4 Bilion) dalam setahun!

2. Jika US$1,000 tercicir dari poket Bill Gates, itu bukannya masalah besar bagi dia. Dia akan memperolehi jumlah tersebut dalam masa 4 Saat sahaja.

3. Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gates sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja utk melakukannya.

4. Andai kata, dia mensedekahkan US$15 (RM45) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM15 Juta) dalam simpanannya.

5. Jika Bill Gates di anggap sebagai sebuah negara, dia merupakan negara yg ke 37 terkaya di dunia. Lebih kaya dari Malaysia ke? Not sure.

6. Katakanlah Bill Gates menukarkan kesemua wangnya menjadi wang kertas US$1 dan menyusunkan wang tersebut dari bumi hingga ke bulan. Kita memerlukan perjalanan ulang-alik sebanyak 14 kali dan memakan masa tanpa henti selama 1,400 tahun serta memerlukan sejumlah 713 kapal terbang BOEING 747 untuk membawa wang tersebut.

7. Usia Bill Gates sekarang dalam lingkungan 50an. Katakanlah dia boleh hidup 25 tahun lagi, dia perlu membelanjakan US$6.78 Million (RM20.34 Juta) dalam sehari utk menghabiskan wangnya sebelum dia meninggal dunia.

8. Michael Jordan adalah atlit yang dibayar paling mahal di Amerika. Jika dia tidak makan dan minum dan tetap membiarkan penghasilannya dan dalam masa setahun wang Jordan berjumlah US$30 juta, dia tetap harus tunggu sampai 277 tahun baru la boleh jadi sekaya Bill Gates sekarang.

9. Akan tetap, jika pengguna Microsoft Windows dapat mengklaim US$1 untuk setiap kali komputer hang@rosak kerana Microsoft, Bill Gates akan segera bankrup dalam waktu 3 tahun!

Thursday, February 14, 2013

Curi dengar.



> Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama.
Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya
bang...! Macam mana ni bang..?"
>
> Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak
ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua
hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.
>
> Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang.
Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya:
"Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."
>
> Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar
anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam
pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi
ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.
>
> Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke?
Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"
>
> Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin
perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh
mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".
>
> ------------ --------- --------- --------- --------- --------- -----
>
> MORAL:
> Sebenarnya sebagai insan yang bijaksana, tidaklah wajar untuk kita buruk
sangka dan mencuri-curi dengar perbualan orang lain. Ini mungkin akan
menyebabkan kita salah sangka kerana kita tidak tahu cerita selengkapnya.
Akibatnya, kita sendiri mungkin akan dapat malu kerana bertindak melulu.

Terima Kasih





HANYA dua perkataan untuk mengungkapkan 'Terima Kasih' namun masih sukar mahu mengucapkannya.

Ia nampak remeh tetapi kepentingannya tidak mampu disangkal. Malangnya, masyarakat semakin susah membuka mulut untuk berterima kasih sekali gus menggambarkan nilai kesopanan kian terhakis.

Walaupun ada yang berkata, besar sangatkah nilai ucapan itu, saya tetap pertahankan, ia memang penting kerana menggambarkan nilai budi seseorang.

Bayangkan situasi ini. Sesudah pertolongan diberikan, kemudian ucapkan terima kasih, bagaimanakah rasanya. Bagaimana pula jika tiada ucapan. Sudah tentu ada perbezaan, bukan?

Sayangnya, perbuatan semudah itu semakin dilupakan gara-gara aliran perubahan dunia yang mementingkan kemodenan. Mungkin ada anggapan, perbuatan itu tampak kuno.

Justeru, tidak hairanlah kebanyakan golongan generasi muda kini tidak mengambil berat kepentingan mengucapkan terima kasih.

Persoalannya, adakah perlu sentiasa mengucapkan terima kasih sedangkan ada kalanya tidak perlu berbuat demikian kerana orang memahaminya.

Tiada sebab menolak nilai perbuatan yang baik. Contohnya, jika diguna pakai di sekolah, ia boleh membentuk sahsiah murni di kalangan generasi muda. Bukankah ini satu nilai tambah yang bermanfaat?

Kita tidak boleh menolak kenyataan ramai golongan muda hari ini sudah rendah nilai akhlaknya, sentiasa bersikap kurang ajar dan sebagainya.

Namun, menyalahkan mereka sepenuhnya juga tidak wajar kerana pendedahan terhadap pelbagai informasi dan perlakuan menerusi medium seperti Internet, televisyen dan sebagainya sudah tidak mampu dikawal.

Bagaimanapun, menerusi nilai murni yang diterapkan, ia mampu mengekang budaya melampau dan ia boleh dibentuk serta dimulakan di peringkat awal menerusi institusi sekolah atau rumah.

Justeru, apabila pelbagai pihak memperkenal dan menekankan pembelajaran nilai murni, ia sangat dialu-alukan kerana pengaruhnya besar dalam membentuk generasi berkualiti masa depan.

Diakui, antara institusi terpenting yang memainkan peranan ini ialah sekolah namun tanggungjawab itu juga seharusnya dimulakan di rumah atas bimbingan ibu bapa.

Ia lebih berkesan kerana ibu bapa adalah insan paling dekat di hati anak. Jika ibu bapa mencorakkannya, tentu pembentukan asas itu akan kukuh kerana pada masa sama boleh berperanan sebagai model ikutan yang baik.

Apabila kedua-dua pihak saling membantu, penerapan apa saja nilai murni akan berjaya kerana masing-masing mengetahui peranan yang perlu dilaksanakan.

Semua pihak berhasrat melahirkan golongan pemimpin berkaliber dan berani. Bagaimanapun adakah hasrat ini mudah dicapai jika asas pembentukan diri yang mudah gagal dilaksanakan?

Justeru, supaya tidak akan berputih mata, mulakan langkah dari sekarang. Sama ada ibu bapa atau guru, mereka perlu menerangkan kepentingan mendukung nilai murni biarpun ada kalanya nampak mudah atau remeh.

Jadikan institusi sekolah atau rumah sebagai platform awal membuat latihan. Saya percaya, jika selalu dipraktikkan, tiada sebab hasrat melahirkan golongan berbudi pekerti akan gagal.

Yang penting, mulakan langkah awal dan usaha. Kita tidak dapat mengetahui kejayaan mahupun kegagalan jika tidak berubah dan bergerak

Friday, February 8, 2013

Shoutcut jadi Lambat.



                     Inline image 1

Gambar semasa Perang Iran-Iraq.




Check my photos from time to time with the Iranian website sajed.ir, dedicated to the Iran-Iraq, or as it is commonly called in Iran - Sacred Defense or the imposed war. A small selection of photos from there. In this collection of military equipment a little bit, because I wanted to show the first soldiers and volunteers of different ages. 





Tag

Pages