Thursday, February 7, 2013

ANCAMAN SIBER: MITOS ATAU REALITI?




Pusat Keselamatan dan Tindakbalas Kecemasan ICT Kebangsaan (NISER) 
Utusan Malaysia 15 Oktober 2003 


Dominasi dan pertumbuhan pesat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 
telah menjadikan serangan siber satu bentuk senjata yang menarik dan 
berkesan untuk digunakan ke atas sesebuah negara. 
Ini adalah kerana kosnya yang murah berbanding dengan kos yang diperlukan 
untuk pembangunan,  penyelenggaraan serta penggunaan keupayaan 
ketenteraan yang canggih. 

Hanya dengan usaha yang minima diperlukan untuk merekrut agen atau 
pengintip, mencipta maklumat palsu, memanipulasi maklumat atau melancarkan 
kod berbahaya (malicious code) ke atas sesebuah sistem maklumat yang 
dihubungkan melalui prasarana telekomunikasi yang dikongsi secara global. 

KES-KES ANCAMAN SIBER 
Sesetengah orang percaya bahawa ancaman siber hanyalah satu konsep 
sahaja, sementara ada  yang berpendapat bahawa serangan siber adalah 
perkara yang sangat serius dan boleh dianggap sebagai ancaman kepada 
keselamatan negara. 

Malah ada yang mengatakan bahawa satu Pelabuhan Harbour Elektronik 
sedang dicipta. Konsep ini dinamakan sedemikian sempena peristiwa serangan 
terhadap Pearl Harbour pada Perang Dunia Kedua. 
Walaupun tidak ramai yang mengetahui kesannya, kisah-kisah kejayaan 
serangan siber yang telah berlaku boleh dijadikan sebagai teladan untuk kita 
mengambil langkah berjaga-jaga. 

Banyak kisah serangan siber yang dilaporkan berlaku di luar Malaysia berikutan 
aktiviti penggodam.  Contohnya pada tahun 1996, seorang penggodam komputer 
yang menggunakan nama sebagai “u4ea” telah dilaporkan memperolehi laluan 
kepada direktori utama dan memusnahkan struktur system fail di Universiti 
George Mason, Universiti Arkansas,  satu laman web di Netherlands, dan 
kemungkinan beberapa laman web kepunyaan kerajaan Amerika Syarikat. 
Dianggarkan bahawa “u4ea” telah berjaya memasuki lebih daripada 100 sistem 
yang berasingan. Dalam satu kejadian yang lain, 13 pelayan asas yang menjadi tapak Sistem 
Nama Domain Internet telah diserang pada bulan Oktober 2002. 

Para pakar ICT percaya bahawa serangan tersebut adalah cubaan untuk 
melumpuhkan Internet secara tersusun. Ada kemungkinan serangan tersebut 
diatur oleh pengganas atau perbuatan kerajaan tertentu bagi menguji senjata 
siber mereka, sama seperti keperluan  untuk menguji bom nuklear di tengah 
lautan. 

Kejadian terbaru gangguan bekalan elektrik utama yang melumpuhkan Bahagian 
timur-laut Amerika Syarikat dan Kanada pada lewat petang 14 August 2003 telah 
menimbulkan persoalan sama ada ia adalah hasil serangan siber. 
Ramai yang berasa bimbang tentang keselamatan sistem kawalan tenaga di 
Amerika Syarikat, seperti sistem Kawalan Peyeliaan dan Perolehan Data 
(SCADA) yang semakin banyak digunakan secara online serta mempunyai 
akses kawalan jauh. 

Keadaan ini menebabkan sistem tersebut boleh dipergunakan untuk serangan 
siber oleh mereka yanhg berniat jahat. Pihak Biro  Penyiasatan Persekutuan 
(FBI) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat berkata bahawa 
gangguan tersebut berlaku disebabkan kejadian semulajadi dan bukanlah satu 
hasil keganasan. 

Bagaimanapun, salah satu daripada unit Kumpulan Al-Qaeda, Briged Abu Fahes 
Al Masri telah mengaku bertanggungjawab melakukan gangguan tersebut, 
menurut satu kenyataan yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Arab,  Dar Al 
Hayat. 

SERANGAN PRASARANA: KAJIAN KES DI MALAYSIA 
Kod Merah (‘Code Red’) 

Pada bulan Jun hingga November 2001, masyarakat dunia termasuk di Malaysia 
telah terperangkap dengan serangan prasarana terbesar dalam sejarah Internet. 
Cecacing Kod Merah memulakan serangan Penafian Perkhidmatan (DOS) dan 
akhirnya menghentikan semua aktiviti Internet.  Varian Kod Merah ialah Code 
Red II, memasang laluan belakang ke dalam sistem yang dijangkiti.  Keadan ini 
membolehkan sistem yang dijangkiti Kod Merah II dieksploitasi melalui akses 
kawalan jauh, seterusnya mengancam sistem tersebut.  

Perangkaan Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) 
menunjukkan bahawa cecacing ini telah menjangkiti 45,633 komputer pada 
bulan Ogos 2001, 27,705 komputer  pada bulan September 2001 dan 195 
komputer pada bulan Oktober 2001. Nimda 

Nimda adalah cecacing pertama yang mengubah dokumen web yang sedia ada 
dan beberapa fail boleh-lancar yang didapati di dalam sistem yang dijangkitinya.  
Salah satu keupayaan Nimda  ialah menyerang komputer yang telah diancam 
oleh cecacing Kod Merah.  
Perangkaan MyCERT menunjukkan Cecacing Nimda menjangkiti 9713 komputer 
pada bulan September 2001, 7654 komputer pada  Oktober 2001 dan 462 
komputer pada November 2001.  Kos membaiki dijangka sebanyak RM22 juta 
dan jumlah ini tidak termasuk kos kehilangan peluang perniagaan. 
Blaster 

Blaster (dikenali juga sebagai ‘Lovsan’ dan ‘Posa’) adalah salah satu cecacing 
terkini yang telah menjangkiti komputer di seluruh dunia baru-baru ini.  Cecacing 
ini ditemui pada hari Isnin, 11 Ogos 2003.  Blaster mengeksploitasi kelemahan 
dalam perisian Windows NT, 2000 dan XP. 

Menurut Pusat Koordinasi CERT di Universiti Carnegie Mellon, Amerika Syarikat, 
berkemungkinan sebanyak 1.4 juta komputer telah dijangkiti. Di Malaysia, 
MyCERT telah menganggarkan kira-kira 500  komputer telah dijangkiti dengan 
cecacing ini. 
Nachi 

Cecacing baru Nachi (dikenali juga sebagai  ‘Welchia’ dan ‘Blaster.D’) telah 
menular dalam Internet sejak 19 Ogos 2003.  Sambil membersihkan komputer 
yang dijangkiti Blaster, Nachi mencipta masalah baru dalam rangkaian komputer 
dengan mengimbas kelemahan sistem lain, yang mengakibatkan peningkatan 
kesesakan rangkaian. Adalah dilaporkan bahawa cecacing baru ini 
menyebabkan masalah rangkaian komputer kepada banyak organisasi di 
Malaysia.  Anggaran kos untuk membasmi cecacing ini ialah sebanyak RM31 
juta, dan ini tidak termasuk kos peluang dan produktiviti. 
PENGAJARAN DARI KAJIAN KES 

• Memerlukan Kerjasama di Pelbagai Peringkat 
Kita tidak boleh menyelesaikan setiap  serangan siber satu per satu secara 
individu tanpa mengutarakan kesan yang lebih besar.  Untuk menangani 
ancaman siber secara berkesan, pendekatan yang terbaik adalah dengan 
mewujudkan penyelarasan, kerjasama serta komunikasi secara mendatar di 
antara semua agensi berkaitan. Semua pihak menghadapi ancaman siber yang 
sama dan kerjasama adalah satu aset yang amat penting. Cabaran utama ialah 
untuk bertindakbalas dengan pantas. 

• Memerlukan Kesungguhan dan Penyelarasan Yang Formal 
Kemusnahan dapat dihentikan dengan segera jika penyebaran maklumat dapat 
dilakukan dengan pantas.   Kebanyakan organisasi lewat bertindakbalas atau 
tidak berupaya untuk bertindakbalas  terhadap serangan siber kerana mereka 
tidak mempunyai maklumat yang tepat. Keadaan ini boleh dielakkan sekiranya 
terdapt hubungan yang formal di antara semua agensi terlibat. 

• Memerlukan  Keseragaman Dalam Memahami Tahap Ancaman 
Kefahaman lazim mengenai  tahap ancaman boleh dicapai dengan berkongsi 
maklumat menerusi persediaan katalog kelemahan, analisis impak dan 
sebagainya. Tahap ancaman perlu dikenalpasti secara terperinci supaya semua 
pihak mempunyai kefahaman yang sama.  Jika tidak, perbezaan pendapat dan 
tafsiran akan timbul. 

KESIMPULAN 
Prasarana yang digunakan  untuk menyalurkan maklumat turut sama 
memberikan peluang baru kepada para penjenayah, pengganas dan negara luar 
yang berniat jahat; yang berkemungkinan menjalankan kegiatan perisikan 
industri, menyebabkan prasarana kritikal tidaki operasi, atau melancarkan 
Peperangan Maklumat.  Persoalannya bukanlah “adakah saya akan diserang?” 
sebaliknya “bilakah saya akan diserang?”.  Serangan siber secara tersusun 
berkemingkinan besar akan berlaku adalah tidak diragukan.  Oleh itu kita 
hendaklah berwaspada dan bersiapsiaga untuk menghadapi apa jua keadaan 
yang mendatang. 

No comments:

Post a Comment

Pages