Thursday, February 7, 2013

Top 10 Password Email Yang Mudah Digodam Oleh Hacker





Top 10 password email yang mudah digodam oleh Hacker baru baru ini. Melalui kenyataan TrustedSec di laman Twitter menyatakan lebih 453,492 akaun Yahoo Mail didedahkan. Sekumpulan penggodam yang dikenali sebagai “D33Ds Company” telah menggunakan teknil SQL injection keatas subdomain Yahoo (voices.yahoo.com) dan melepaskan file seberat 17mb dari Yahoo server untuk tatapan umum.
#######################################
# [ - Owned and Exposed - ] #
# Brought to you by the D33Ds Company #
# #
# Target: <censored>.yahoo.com #
# Method: Union-based SQL Injection #
# #
#######################################
Dari hasil analisis yang dilakukan oleh Adam Caudill, beliau yang menggunakan teknik Pipal skrip, menunjukkan top 10 password email tersebut. Saya nak ulas lanjut pun tak tahu kaedah ini. Teruskan membaca untuk ketahui password yang mudah dibolos oleh penggodam.
Berikut adalah 10 password email yang mudah digodam ;
123456
password
welcome
ninja
abc123
123456789
12345678
sunshine
princess
qwerty
Perlu diingatkan, bukan urutan angka sahaja yang mudah bagi mereka, tetapi mungkin ada sesetengah nama seperti sunshine, princess dan lain – lain berkemungkinan senang di godam. Ternyata akaun Gmail,Hotmail, AOL, MSN dan lain – lain ada yang kena “getahnya” juga. Tips dari saya, pastikan email password anda sentiasa ditukar dan bukan alphabet sahaja, campur – campur tulisan/nombor K3c1K BesAr pun ok! :D
Nak download files sebesar 17MB tu? Anda boleh torrent dengan carian ini “yahoo-disclosure.txt” di ThePiratebay.

No comments:

Post a Comment

Pages